Tanda – tanda KIAMAT

Rasulullah S.A.W telah bersabda,
” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi dan merata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq

Berkata Ali bin Abi Talib,
“Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”

Sabda Rasulullah S.A.W,
“Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain
daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, orang dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamat.”

Mari kita tambahkan ilmu dengan hadis dibawah lagi:
(Sekiranya hadis di bawah mempunyai kesalahan harap dimaafkan )
Di antara tanda-tanda kiamat:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1)  diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.

~ dah mulai kan?…

(fyi, hari ini kaum militan Yahudi sedang berusaha mengepung dan membakar masjid Al Aqsa. Palestina sedang mempertahankan. Mari kita berdoa berdoa utk kejayaan dan kemuliaan Islam).

2) Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keledai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

~ Dah tampak kan?…

3) Bermaharajalela alat musik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.”
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda
menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (musik) & penyanyi2 wanita” – Ibnu Majah.

~ S’pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Audition dan macam-macam lagi.

4) Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – H.Riwayat Nasai.

~ terlihat sudah masjid2 besar tanpa jamaah…

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”  – H.Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengakui orang tua karena malu.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di
muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak
mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”  – H.Riwayat Ahmad.

~ boleh kita hitung berapa ulama besar yang tinggal.. .

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin
Luka’ (orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”  – H.Riwayat Thabrani.

~ george bush

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”  – H.Riwayat Ahmad.

~ Terkadang sesama muslim kenal pun tak bertegur sapa…

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

~ Pakaian zaman sekarang ini (tube, spaghetti strap, g-string n etc )

10) Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”  – H.Riwayat Thabrani

~ Gak percaya lihat saja sendiri…

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan
membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”  – Sahih Muslim.

~ coba baca majalah2 yang popular sekarang ini…

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datang-nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” – H.Riwayat Ahmad.

~ tengok peperangan di Iraq.

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2″  – Sahih Muslim.

~ Dubai dah turun salju… Mina dah kena banjir.

 

TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN2 LAIN!

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
“ Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat

About bangsoy

Hidup Untuk berkarya

Posted on 22 November 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Tinggalkan komentar.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: